|
by apple on Mon Sep 10, 2007 12:53 pm
Boleh dikatakan semua orang pernah melalui pengamalan ini dan masalah lebih ketara jika kita makan banyak hingga terlalu kenyang ketika rehat tengah hari.
Kalau boleh,
tiada siapa mahu dilihat tersengguk di tempat kerja, tetapi ada kalanya perkara ini sukar dielakkan.
Ada orang sanggup tidak makan tengah hari, sebaliknya lebih rela menggunakan waktu rehat itu untuk
melelapkan mata seketika; setidak-tidaknya ia dapat menghilangkan rasa mengantuk yang boleh mengganggu kerja.
Tindakan tidur sekejap pada waktu siang sebenarnya ada manfaatnya. Banyak kajian menunjukkan tidur
ayam atau tidur sekejap pada waktu siang boleh membantu mencegah penyakit jantung, meningkatkan kebolehan minda untuk belajar dan memproses maklumat.
Kajian yang dijalankan ke atas 23,681 penduduk Greece
selama enam tahun mendapati, risiko mendapat serangan jantung menurun 37 peratus di kalangan responden yang tidur sekejap pada waktu siang (di pejabat) sebanyak tiga kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit
berbanding individu yang cuba bertahan sepanjang waktu kerja.
Penemuan ini menyebabkan ada pengeluar ubat mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan memperkenalkan ‘pil tidur 30 minit†yang
mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat, terutama majikan.
Bagaimanapun, penyelidik Universiti Harvard pula berpendapat, manfaat tidur sekejap pada waktu siang hanya bermanfaat jika ia dilakukan pada
waktu tepat kerana ia dianggap mempunyai kebaikan sama seperti tidur malam.
Mungkin pendapat ini benar kerana jika kita terlelap di meja kerja dan terjaga beberapa minit kemudian, biasanya kita pening, letih
dan masih mengantuk.
Malah, ramai juga yang hanya merenung skrin komputer hinggalah rasa mengantuk hilang.
Tidur yang mencukupi penting untuk membantu badan berfungsi dengan baik, meningkatkan daya
ingatan, memberi peluang badan memperbaiki kerosakan, menghilangkan tekanan dan paling penting tidak mengantuk ketika memandu kenderaan.
Mengantuk di tempat kerja menandakan kita tidak cukup tidur pada waktu
malam. Ada orang mendakwa mereka mendapat tidur yang cukup iaitu selama tujuh atau lapan jam setiap hari, tetapi masih tetap mengalami masalah mengantuk pada waktu siang.
Perkara ini mungkin disebabkan tidur
mereka bukan tidur berkualiti iaitu benar-benar nyenyak. Mereka mungkin kerap terjaga atau bangun untuk buang air pada tengah malam.
Kajian menunjukkan kekurangan tidur menyebabkan 30 peratus orang tertidur
dalam kenderaan awam, 13 peratus ketika mesyuarat dan sekurang-kurangnya 11 peratus terlelap ketika memandu.
Orang Amerika Latin dan Eropah dulu menjadikan tidur sejam pada waktu siang (khususnya selepas
tengah hari) sebagai antara rutin harian mereka.
Bagaimanapun, pada zaman yang sentiasa mengejar waktu ini, ramai mengambil minuman mengandungi kafein untuk merangsang tenaga dan mengelakkan rasa mengantuk.
Penyelidik juga berpendapat, tidur sekurang-kurangnya 20 minit membolehkan seseorang lebih cergas dan bersemangat.
Malah, majikan di Amerika Syarikat yang membenarkan pekerjanya tidur sekejap ketika
waktu kerja melaporkan kaedah itu didapati mampu mengurangkan kemalangan dan kesilapan serta meningkatkan produktiviti.
Ini kerana pekerja yang mengantuk kerap melakukan kesilapan sehingga berlaku kemalangan;
juga berisiko tinggi mendapat serangan jantung serta masalah pencernaan.
Kajian penyelidik NASA menunjukkan, tidur siang selama 24 minit mampu memperbaiki kepekaan dan prestasi juruterbang.
Penyelidik
tidur Universiti Pennsylvania, Dr David Dinges, menegaskan tidur sekejap ini juga boleh ‘membayar balik†hutang tidur pada waktu malam.
Soalnya, bilakah waktu sesuai untuk tidur sekejap ini? Ramai
pakar sependapat, waktu terbaik untuk tidur siang ialah lapan jam selepas bangun pagi. Ini bermakna jika anda bangun pada jam 6 pagi, waktu untuk berehat dan melelapkan mata seketika ialah pada jam 2 petang.
Tempohnya pula ialah antara 20 hingga 30 minit sehari — untuk mendapat manfaatnya iaitu anda akan lebih segar, bertenaga, bersemangat dan minda pula dapat berfikir dengan cekap.
Bagaimanapun, ada juga pakar
berpendapat ia tidak boleh melebihi 15 minit. Apapun, ia terpulang kepada tahap mengantuk setiap individu.
Namun yang pasti, jika melebihi 30 minit, tidur menjadi terlalu nyenyak dan sukar untuk anda terjaga.
Tidur sekejap setiap hari juga dikatakan membuatkan seseorang menjadi lebih sihat berbanding tidur lama pada hujung minggu.
Waktu tidur siang ini pula sebaiknya ialah tengah hari (sekitar jam 1 hingga
2 petang) kerana tidur lewat petang akan menyebabkan kita susah hendak melelapkan mata pada waktu malam.
Malah, kita juga disaran tidur pada waktu sama setiap hari. Bagaimanapun, kaedah ini tidak digalakkan
bagi individu yang memang menghadapi kesukaran untuk tidur malam kerana ia memburukkan lagi masalah mereka.
Kekurangan tidur biasanya menyebabkan seseorang cepat letih, mudah tertekan dan meningkatkan
kecenderungan untuk melakukan aktiviti kurang sihat seperti merokok, minum banyak minuman mengandungi kafein terutama kopi, makan berlebihan dan malas bersenam.
Pun begitu, tidur siang masih tidak cukup untuk
mengurangkan risiko jantung, meningkatkan kecekapan minda dan produktiviti kerja.
Ia mesti disertakan dengan tabiat pemakanan seimbang dan bersenam. Senaman ringan seperti berjalan cepat setiap hari terbukti
boleh meningkatkan kecergasan, sekali gus mengelakkan masalah mengantuk di tempat kerja.

|